fbpx

[VIDEO] Peniaga laman Pasar Siti Khadijah bergaduh berebut pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan peniaga di gerai makan laman Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu yang bergaduh kerana berebut pelanggan kelmarin.

KOTA BHARU – Dua peniaga di gerai laman Pasar Siti Khadijah di sini sanggup bergaduh sesama sendiri hanya kerana mahu berebut pelanggan untuk makan di premis mereka kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung pergaduhan melibatkan beberapa orang lelaki dan wanita kira-kira pukul 8.03 malam kelmarin selepas tular video berdurasi 1 minit 22 saat di WhatsApp.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang di kawasan gerai makan laman Pasar Siti Khadijah di sini pada hari yang sama.

“Video yang tular memaparkan kejadian pergaduhan antara beberapa orang lelaki dan wanita yang dileraikan oleh orang ramai.

“Siasatan mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada peniaga-peniaga gerai makan di kawasan itu berebut pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kedua-dua belah pihak telah hadir ke balai polis Kota Bharu di sini untuk membuat laporan, namun mereka bertindak menarik laporan tersebut beberapa jam kemudian.

Menurutnya, bagaimanapun, polis tetap meneruskan siasatan untuk mengesan dan menangkap suspek-suspek yang terlibat.

“Tindakan kedua-dua belah pihak yang cuba menarik balik laporan polis untuk menyelesaikan kes bukan satu jalan penyelesaian. Kesan yang telah dilakukan oleh mereka telah menjejaskan
keamanan masyarakat secara amnya.

“Oleh itu, polis akan terus menjalankan siasatan lanjut dan tindakan susulan akan diambil kerana tidak mahu orang ramai terbiasa dengan tindakan sendiri dengan membelakangi peruntukan undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI