fbpx

UCL: Arsenal cari penawar kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL perlu melupakan kekalahan kepada Newcastle untuk memberi fokus aksi menentang Sevilla bagi meloloskan diri ke pusingan kalah mati. - FB ARSENAL

LONDON – Arsenal harap dapat bangkit untuk kembali berada di landasan kemenangan menjelang aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Sevilla di Emirates awal pagi esok.

Sebagai rekod, momentum cemerlang skuad The Gunners pada musim ini sedikit terjejas apabila tewas buat kali pertama dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Newcastle United minggu lalu.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukan kini berupaya untuk mengubati kekecewaan tersebut dengan meraih keputusan positif sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati UCL andai menang nanti.

“Saya sangat gembira dengan komitmen pemain sepanjang musim ini dan apa yang berlaku pada aksi menentang Newcastle minggu lalu diluar kawalan kita kerana kemenangan lawan seperti dirompak.

“Namun, saya puji mentaliti pasukan untuk terus kekal berdaya saing dan saya harap kita dapat bangkit melakar keputusan positif pada aksi EPL kali ini.

“Beberapa pemain yang dikritik seperti William Saliba dan Kai Havertz telah mempamerkan prestasi cukup membanggakan dan saya mahu mereka kekal fokus bagi membantu pasukan meraih kemenangan di laman sendiri nanti,” katanya.

Sementara itu, Arsenal sedikit tempang apabila kapten pasukan, Martin Odegaard masih belum cergas sepenuhnya dan mungkin diketepikan manakala Emile Smith Rowe, Thomas Partey dan Gabriel Jesus sah tidak beraksi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI