fbpx

Tukang kebun curi cip kasino Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja kontrak dan penjaga kebun didakwa bersubahat mencuri cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta, di Genting Highlands pada 28 Oktober lalu.

BENTONG – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong di sini semalam atas tuduhan bersubahat mencuri cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di sebuah pusat perjudian dekat Genting Highlands, pada 28 Oktober lalu.

Pekerja kontrak, Koay Boan Seng, 32 dan penjaga kebun, Hoo Chee Chuang, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zamharir Muhammad Zuhid manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Kenny Tan Cheng Yee.

Berdasarkan fakta pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama dua lagi rakan yang masih bebas telah menceroboh bangunan mencuri 1,160 cip bernilai RM4,607,800 milik Genting Highlands Berhad di dalam bilik Twlight 3, Sky Kasino Genting Highlands, pada pukul 7.12 pagi.

Mahkamah menetapkan 10 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan menetapkan jaminan RM8,000 setiap seorang.

Kelmarin media melaporkan polis menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kes kehilangan cip kasino di pusat perjudian Genting Highlands.

Lima individu lagi termasuk bekas pekerja pusat perjudian terbabit disyaki dalang utama kes terbabit sedang diburu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI