fbpx

Tia Jinbara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS vokalis kumpulan Jinbara, Tia meninggal dunia pada pukul 9.17 malam ini.

PETALING JAYA – Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, pukul 9.17 malam ini.

Penyanyi berusia 53 tahun itu disahkan menghidap barah hati genap seminggu lalu selepas mengalami sakit perut yang kronik serta sesak nafas.

Isterinya merangkap pengurus, Suzan Ahmad, berkata suaminya bagai mengetahui masanya tidak panjang.

“Keadaannya agak lemah pagi tadi malah beberapa kali menghubungi saya yang ketika itu menguruskan hal rawatannya di Hospital Selayang.

“Apabila kembali semula ke wad, dia nampak gembira tetapi dia tidak lagi dapat berbual macam biasa, cuma mahu saya mengenggam tangannya.

“Sebelum itu dia ada maklumkan masanya mungkin tak lama namun saya tetap minta dia terus positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Sebelum ini, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.

Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Raja Klang untuk solat jenazah pagi esok dan dikebumikan sebelum Zuhur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI