Tempoh reman seorang peniaga disyaki terbabit kes bunuh rakan kongsinya di Hulu Terengganu, minggu lalu, disambung tujuh hari lagi.
Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga 15 November itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
Akhbar pada 1 November lalu melaporkan penemuan mayat seorang pengusaha tudung dan baju kurung dengan 15 kesan tikaman di dalam longkang menggunakan pisau pemotong daging.