fbpx

Sembilan rumah rosak akibat ribut di Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM meninjau rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di Alor Setar pada petang tadi.

ALOR SETAR – Sebanyak sembilan buah rumah rosak dalam kejadian ribut di Kampung Kubang Bongor dan Kampung Kubang Jambu, di sini pada petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu melibatkan tujuh buah rumah di Kampung Kubang Bongor dan dua buah rumah di Kampung Kubang Jambu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar dan Pokok Sena, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar berkata, kawasan tersebut dilanda hujan lebat beserta angin kencang.

“Sembilan rumah terjejas dalam kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI