fbpx

Ramai wanita belum carum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (lima dari kanan) bersama kakitangan Perkeso mempromosi SKSSR pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Mydin Mall, Tunjong di Kota Bharu hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Masih ramai dalam kalangan golongan wanita belum mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, melalui rekod disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 197,000 wanita berdaftar sebagai pencarum dalam skim tersebut sehingga Oktober tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, hanya lebih 30,000 wanita berdaftar secara persendirian di bawah SKSSR manakala 166,666 melalui Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

“SKSSR turut memberi perlindungan kepada suri rumah ketika mereka keluar menghantar anak ke sekolah atau ketika mereka membeli barang dapur. Jadi, suri rumah perlu rebut peluang ini dengan kadar bayaran hanya RM10 sebulan dan boleh dibayar sendiri atau oleh anak, suami dan majikan.

“Kerajaan akan menambahkan lagi peruntukan bagi skim ini melalui Belanjawan 2024. Kita sediakan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun ini dan dinaikkan sehingga RM50 juta dan pada tahun depan sekali gus mampu memberi manfaat kepada 400,000 pencarum,” katanya pada sidang akhbar selepas program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI