fbpx

Projek penyelenggaraan kecil boleh dipercepat seawal tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Pasukan petugas khas reformasi agensi (STAR) mengkaji semula secara terperinci semua kaedah dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan projek penyelenggaraan kecil berkepentingan rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, langkah itu boleh direalisasikan dengan sekurang-kurangnya ia boleh disiapkan dalam tempoh tiga bulan berbanding secara konvensionalnya mengambil masa sehingga lebih enam bulan hingga setahun sebelum ini.

Katanya, antara langkah STAR ialah mempermudahkan pelaksanaannya seperti meneliti dan memudah cara kaedah perolehan serta mengurangkan beberapa karenah birokrasi melibatkan proses dan prosedur tidak perlu.

“Semalam, Perdana Menteri melancarkan inisiatif mempercepatkan pembinaan sekolah daif, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang mana telah berjaya disiapkan dalam tempoh tidak sampai tiga bulan sahaja.

“Beliau menyatakan keterujaan bahawa tempoh singkat diambil untuk pelaksanaan inisiatif ini membuktikan keupayaan kita untuk memastikan setiap projek rakyat terutamanya perkara paling iaitu pendidikan anak-anak serta kebersihan tandas sebenarnya boleh dilakukan, walaupun pada asalnya kelihatan mustahil,” katanya ketika berucap pada program Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Mohd. Zuki berkata, perkhidmatan awam tidak lain dan tidak bukan adalah medium utama kelangsungan gagasan Madani ini.

Katanya, adalah jelas bahawa pelaksanaannya bergantung kepada kapasiti perkhidmatan awam itu sendiri untuk bertindak sebagai agen moral yang memacu hala tuju negara dan mengurus sumber negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI