fbpx

Pemandu maut, lori bawa baja bergesel penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori muatan baja yang dipandu mangsa selepas terbabas di Kilometer 81, Jalan Gua Musang-Lojing, Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pemandu lori yang membawa muatan baja maut selepas kenderaan yang dipandunya bergesel dengan tembok konkrit penghadang jalan sejauh 534 meter sebelum terbabas di bahu jalan di Kilometer 81, Jalan Gua Musang-Lojing, Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, R. Logathan, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kelindannya, M. Jeswinraj, 18, cedera ringan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Lojing di sini untuk menghantar baja.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori jenis Isuzu yang dipandubya dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan konkrit penghadang jalan sejauh 534 meter sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan jenazahnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat.

“Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan pada kepala dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Choon Foo, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI