fbpx

Malaysia berjaya hasilkan padi nuklear tahan cuaca, serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berjaya menghasilkan benih padi NMR152 atau lebih dikenali sebagai padi nuklear menerusi teknik biak baka mutasi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, baka baharu tanaman itu berdaya tahan tinggi terhadap penyakit serta ancaman cuaca dan serangga.

“Varieti ini telah diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras (JKBKKIPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai benih padi sah dan telah mula digunakan oleh petani dibawah skim subsidi Kerajaan.

“Hasil kajian mendapati variet padi ini yang ditanam di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia menunjukan purata hasil padi boleh ditingkatkan dari 20 peratus hingga 60 peratus bergantung kepada lokasi, pengkelasan tanah dan juga kaedah pengurusan sawah yang baik,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) n sejauh manakah teknologi nuklear telah diaplikasikan secara optimum di dalam inovasi pertanian bagi menambah baik kualiti, mutu dan meningkatkan pengeluaran pertanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI