fbpx

Langkawi dicadang jadi Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen mengemukakan cadangan di Dewan Rakyat supaya Langkawi diletakkan dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Chong Zhemin (PH-Kampar) mencadangkan Langkawi dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan keempat selepas Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kita letakkan terus Langkawi dibawah pentadbiran Putrajaya. Kita masukkan Langkawi sebagai wilayah keempat selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan.

“Kalau Kerajaan Persekutuan boleh ambil alih pentadbiran, saya percaya Langkawi boleh kita majukan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan industri kedai makan dan kereta sewa di Langkawi mengalami kerugian banyak didorong oleh tindakan orang ramai yang lebih memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian.

Malah, faktor harga makanan dan penginapan yang lebih murah di selatan Thailand turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk memilih lokasi itu berbanding Langkawi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI