fbpx

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran perkongsian @thepapanash

PETALING JAYA – Baru-baru ini, tular di media sosial pengulas makanan dari Australia, Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri dari Malaysia yang meraih pendapatan tinggi dengan hanya menjual sate ayam di Perth, Australia.

Sate itu dijual pada harga AU$2 (RM7) satu cucuk dan habis dijual dalam tempoh tiga jam dari pukul 2 petang hingga 5 petang.

Menerusi video yang dimuat naik itu, hidangan sate yang padat dengan daging tanpa lemak disediakan oleh si suami, manakala isterinya pula sedang menggoreng menu ayam berempah di dalam kuali.

“Kebanyakan sate mempunyai lemak di bahagian tengah tetapi sate yang dijual ini sangat padat dan tebal.

“Sate ini dijual secara set dengan harga harga AU$12 (RM36.62) atau AU$2 (RM7) untuk secucuk serta ia dihidangkan bersama kuah kacang, bawang, timun dan nasi impit,” ulasnya.

Menurut video itu, gerai yang dikenali sebagai ‘Satay Bro’ ini tidak hanya menjual sate, tetapi juga menjual mi goreng dan nasi kuning ayam panggang.

“Kalau datang lambat, memang pasti kena beratur panjang kerana sate yang dijual ini memang sedap,” katanya.

Ulasnya lagi, sate tersebut merupakan antara sate yang paling sedap yang pernah dimakannya sehingga beri markah penuh untuk gerai itu.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial memuji inisiatif orang Malaysia ini berusaha mencari rezeki di luar negara.

“Alhamdulillah tahniah, bukan senang nak cari rezeki di negeri orang,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Wow, hampir RM100,000 (AU$32,000) sebulan. Saya bangga dengan awak,” komen Kadyrov Oya.

Selain itu, ada juga komen terselit mengatakan mereka pernah bertemu peniaga ini ketika peniaga ini masih berniaga di Malaysia.

“Orang Cocos mungkin kakak dan abang ini. Di Sabah, mereka memang berniaga satay. Sedap,” kata andiros8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI