ISLAMABAD – Laporan mengenai kematian anak saudara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini beredar dalam pelbagai laman berita dan platform media sosial serta mendapat perhatian penonton global, lapor saluran berita SAMAA TV.
Menurut sebuah laman berita Turkiye yang memetik agensi berita berpangkalan di Russia, Sputnik Arabic, Yair Edou Netanyahu ditembak mati oleh Hamas di Gaza.
Media tersebut seterusnya mendakwa bahawa Yair Netanyahu yang berkhidmat dalam tentera Israel sebagai pegawai berpangkat kapten, dilaporkan ditembak oleh Briged Al-Qassam.
Beberapa laporan juga menyatakan bahawa akhbar The Times of Israel menamakan askar berkenaan sebagai Yair Nifousy, 20, daripada Batalion 101, dari Adi.
Penerbitan tersebut turut menyiarkan gambar si mati di laman webnya tetapi tidak menyatakan dia ialah anak saudara Netanyahu.
Tiada ulasan mengenai laporan tersebut dari pihak Israel atau Netanyahu sendiri, manakala kesahihannya masih belum dipastikan. – AGENSI