fbpx

Konflik Palestin-Israel: Kawalan keselamatan pintu masuk negara dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tiga dari kanan) menganugerahkan Beret 69 Komando Pasukan Gerakan Khas kepada peserta kursus asas 69 Komando pada Sambutan HUT Ke-54 69 Komando Pasukan Gerakan Khas di Padang Kawad Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta hari ini. Foto OLEH MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memperkasa dan memperkemaskan lagi kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara termasuk lokasi strategik yang berisiko menjadi sasaran, susulan kelantangan negara dalam isu Palestin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis juga akan mempertingkatkan lagi risikan melalui Cawangan Khas bagi melindungi mana-mana pihak yang kemungkinan dijadikan sasaran pihak tertentu.

“Kawalan juga akan dipertingkatkan terhadap sasaran (lokasi) penting termasuk penglibatan warga asing yang ada di sini yang berkemungkinan menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Palestin.

“Kita beri jaminan bahawa kita sentiasa mempertingkatkan kawalan dan pengumpulan risikan bagi membolehkan tindakan susulan diambil sekiranya ada sebarang cubaan pihak tertentu untuk melanggar undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) 69 Komando ke-54 di Padang Kawad Kem Sultan Nazrin Shah Ulu Kinta di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang atau gusar berhubung soal keselamatan negara terutama membabitkan ancaman jenayah dalam isu Palestin dan Israel.

“Setakat ini, ‘track record’ (dalam isu ancaman) yang kita ada apabila dapat mengesan awal tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara, malah dalam konteks kumpulan militan IS, sebanyak 26 cubaan melancarkan serangan dapat dipatahkan pasukan polis dalam tempoh 2013 hingga 2020,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI