fbpx

Konflik Palestin-Israel: Biden cadang henti pertempuran 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP tebal menjulang ke udara selepas pengeboman askar Israel berdekatan sempadan Semenanjung Gaza hari ini. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar menghentikan pertempuran selama tiga hari di Gaza, lapor laman berita Wion News.

Menurut Biden, tempoh penghentian itu mungkin dapat membantu memastikan pembebasan sejumlah tebusan yang kini berada dalam tahanan Hamas, lapor laman berita Axios dengan memetik kenyataan AS dan pegawai Israel.

Laporan itu menyatakan bahawa cadangan yang sedang dibincangkan antara AS, Israel dan Qatar itu akan menyaksikan Hamas perlu membebaskan antara 10 hingga 15 tebusan dan menggunakan masa tiga hari untuk mengesahkan identiti semua tawanan. 

Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa tiada gencatan senjata boleh dilakukan sehingga semua tahanan Israel dibebaskan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI