fbpx

Konflik Palestin-Israel: ATM bersedia hantar pasukan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk menghantar Hospital Medan Malaysia (HMM) milik pasukan tersebut ke Palestin bagi memberikan bantuan kemanusiaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, HMM malah sentiasa bersiap sedia untuk beroperasi dalam apa juga keadaan di dalam mahupun di luar negara.

“Memang kita mempunyai hospital medan sama ada untuk bencana di dalam negara, di luar negara atau keperluan-keperluan diputuskan negara.

“Kita sebenanya memang bersedia untuk memberikan (bantuan) kalau dilihat bantuan di Gaza itu sendiri. Kita sentiasa bersedia terpulang kepada keputusan.

“Hospital medan kita sentiasa bersiap sedia dalam apa juga keadaan di dalam mahupun di luar negara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) adakah kerajaan bercadang menghantar anggota perubatan tentera Malaysia ke Palestin bagi memberi bantuan kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI