fbpx

Kerajaan peruntuk RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (dua,kanan) melawat projek RTB Taman Siakap, Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memperuntukkan RM100 juta bagi memastikan kelancaran persediaan menghadapi fasa Monsun Timur Laut 2023/2024 yang dijangka bermula Sabtu ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, agihan peruntukan bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka itu telah disalurkan menerusi tiga fasa kepada 13 negeri dan tiga wilayah seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah terbabit, Sarawak menerima peruntukan tertinggi iaitu RM16.5 juta manakala Pulau Pinang menerima RM5 juta menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang akan menjalankan kerja penyelenggaran terbabit.

“Kerja-kerja kecemasan luar jangka ini meliputi pemulihan sistem saliran, perparitan, memulihkan jalan dan jambatan serta struktur kawalan banjir.

“Keperluan setiap negeri juga berbeza dan baru-baru ini saya berkesempatan melawat beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang untuk melihat sendiri persediaan agensi terlibat untuk menghadapi banjir.

“Selain itu, kelengkapan tambahan seperti pam bergerak turut disediakan bagi mempercepatkan aliran air banjir sekali gus mengurangkan kedalaman banjir,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir ( RTB) Taman Siakap, Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta dalam Rolling Plant Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 untuk melaksanakan RTB Taman Siakap dalam usaha mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI