fbpx

Faith4Palestine tanda solidariti buat rakyat Palestin – Faizal Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL Tahir menerusi gerakan kemanusiaan iamFaithmen dan kerjasama syarikat rakaman, Faithful Music menganjurkan majlis Faith4Palestine bagi mengumpul dana bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib rakyat Palestin, penyanyi Faizal Tahir melalui gerakan kemanusiaan iamFaithmen dan kerjasama syarikat rakaman, Faithful Music menganjurkan majlis Faith4Palestine.

Bakal berlangsung di Royale Chulan, Damansara pada12 November ini, Faith4Palastine bertujuan mengumpul dana bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang di Palestin selain menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap isu tersebut.

“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Selain persembahan akustik, kami mengadakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan bidaan barang peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah usaha membantu saudara kita di Gaza. Sesungguhnya mereka kini sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu membawa maksud positif dan memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain mengumpul dana, Faith4Palestine turut bertujuan mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana orang ramai boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

Menurut Faizal, tiket acara berdurasi dua jam itu dijual pada harga pada harga RM99 dan semua keuntungan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia.

Mereka yang berminat boleh layari www.ticket2u.com.my . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN