fbpx

EPL: Bellingham hampir ke Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM menerima anugerah Trofi Kopa untuk pemain terbaik bawah usia 21 tahun ketika Anugerah Ballon d'Or yang berlangsung sebelum ini. - AFP

LONDON – Bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard mendedahkan bahawa beliau sebelum ini melakukan percubaan untuk mendapatkan khidmat Jude Bellingham ke Stamford Bridge ketika masih mengendalikan pasukan tersebut bermula Julai 2019 hingga Januari 2021.

Bellingham ketika ini mencipta sensasi tersendiri selepas melengkapkan perpindahan daripada Borussia Dortmund ke Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak £113 juta (RM648.15 juta) pada musim panas lalu.

Pemain akademi Birmingham City itu ketika ini sudah meledak 13 gol dalam 14 perlawanan di saingan La Liga dan muncul sebagai salah seorang tengah terbaik dunia termasuk beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan England.

Dalam temu bual bersama Obi One Podcast, Lampard mendedahkan beliau telah mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan untuk pergi mendapatkan Bellingham, namun yuran perpindahan yang diminta Birmingham menyebabkan Chelsea tidak bersetuju.

“Ketika kali pertama saya menguruskan Chelsea, saya sangat terdesak untuk membawa masuk Bellingham. Namun, impian saya itu tidak dapat dilaksanakan. Mereka (pihak pengurusan) tidak bersedia untuk membayar nilai sebanyak £20 juta (RM114.75 juta) untuk seorang pemain pada usia (16 tahun) semuda itu,” katanya.

Keengganan pihak pengurusan Chelsea membayar nilai berkenaan menyebabkan Borussia Dortmund mengambil kesempatan dengan bersetuju membayar yuran perpindahan sebanyak £25 juta (RM143.40 juta) untuk membawanya ke Signal Iduna Park sekali gus menjadi rekod perpindahan termahal seorang pemain berusia 17 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI