fbpx

Bergaduh gara-gara tak puas hati sumbangan Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akibat rasa tidak puas hati terhadap pemberian sumbangan Deepavali, seramai tiga lelaki tempatan ditahan selepas bergaduh di tempat letak kenderaan perumahan awam Sri Sabah, Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.

“Pergaduhan itu dikesan sepasukan anggota yang sedang menjalankan tugas Operasi Jaga Aman Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali Komuniti Kuala Lumpur seterusnya bertindak meleraikan pergaduhan antara tiga suspek terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21(2) Akta Polis 1967,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

“Kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI