fbpx

Bekas pemandu bas putus tangan sebak terima tangan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (kanan) berbual dengan Mohamad Amirudin pada program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan di Mydin Mall, Tunjong di Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Selepas hampir tujuh bulan menjalani kehidupan tanpa tangan kanan, seorang bekas pemandu bas persiaran, Mohamad Aminuddin Azhar, 27, bersyukur apabila menerima sumbangan tangan palsu daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Lebih bermakna, sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pada program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan di Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini.

Mohd. Aminuddin berkata, dia berhasrat untuk memiliki tangan palsu, namun belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan kemudahan itu.

“Saya memang mahukan tangan palsu terutamanya untuk dipakai semasa menghadiri majlis keraiam, program atau kenduri kerana tidak mahu kekurangan diri ini menjadi perhatian orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita hari ini.

Mengimbas kembali kemalangan pada 15 April lalu, Mohd. Aminuddin yang ketika itu bekerja sebagai pemandu bas Mutiara Rentas Desa memberitahu, dia sebenarnya demam secara tiba-tiba pada hari kejadian.

“Sebenarnya saya tidak begitu ingat kejadian itu. Apa yang saya ingat, saya sedang membawa lima hingga enam penumpang dan sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Jerteh, Terengganu.

“Saya masih lagi bercuti kerana perlu menjalani rawatan fisioterapi ke atas tangan kanannya di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. Selepas ini, mungkin saya ditempatkan di ibu pejabat Konsortium E-Mutiara di Panji dan hanya melakukan kerja-kerja pejabat,” katanya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang pemandu bas persiaran putus tangan kanan selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat persimpangan lampu isyarat jalan pintasan Kampung Seri Aman, Pasir Puteh pada 15 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI