fbpx

Al-Ittihad pecat Espirito Santo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESPIRITO SANTO

RIYADH – Jodoh Nuno Espirito Santo selaku jurulatih Al-Ittihad tidak kekal lama selepas beliau dipecat gara-gara tewas 0-2 kepada kelab Iraq, Al-Quwa Al-Jawiya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Keputusan itu menyaksikan Al-Ittihad mencatat kekalahan kelima dalam semua pertandingan musim ini, sekali gus membuatkan pihak pengurusan mula hilang sabar dan memecat Espirito Santo.

Justeru, tugas selaku pengendali sementara bakal digalas penolong jurulatih, Hassan Khalifa dengan Al-Ittihad dilaporkan akan mula memburu khidmat jurulatih baharu dalam masa terdekat.

“Kelab ingin mengumumkan penamatan kontrak dengan jurulatih dari Portugal, Nuno Espirito Santo. Keputusan ini dibuat selepas pihak pengurusan melakukan penilaian komprehensif terhadap aksi semasa.

“Al-Ittihad berterima kasih kepada Nuno Espirito Santo atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di kelab ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Untuk rekod, Espirito Santo membimbing pasukan itu selama 16 bulan dan berjaya membawa Al-Ittihad menjadi juara Piala Super Saudi dan Kejohanan Arab Saudi pada musim pertamanya.

Ogos lalu, timbul spekulasi bahawa beliau sudah tidak sebulu dengan penyerang pasukan itu, Karim Benzema, namun bekas pengurus Tottenham Hotspur itu menafikan laporan berkenaan dan menegaskan hubungan mereka tidak ada sebarang masalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI