fbpx

‘War room’ kesan pencerobohan hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari (tiga kanan) menanam pokok sempena perasmian program itu di Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mewujudkan pusat pemantauan atau ‘war room’ dengan menggunakan satelit bagi mengesan sebarang perubahan hutan di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JPSM, Datuk Zahari Ibrahim berkata, fungsi utama pusat itu menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti pencerobohan dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan sedia ada.

Katanya, ia antara langkah yang digunakan pihaknya menerusi teknologi baharu dalam menangani isu perubahan hutan.

“Kita sedar bahawa kebanyakkan kawasan hutan berada di ‘remote area’ (kawasan terpencil)

“Menerusi war room itu, kita akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi menyemak sama ada kaedah pemantauan udara dengan dron atau rondaan di darat,” katanya selepas Program Kesedaran Kepentingan Hutan Paya Gambut dan Kesedaran Mengenai Kebakaran Hutan di Sungai Besar di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI