fbpx

UCL: Manchester City intai lolos awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mencatat kemenangan bersih pada tiga aksi sebelum ini dan kemenangan ke atas Young Boys akan mengesahkan tempat mereka di pusingan 16 pasukan terbaik. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui tiada sasaran lain yang diletakkan kepada barisan pemain selain berusaha untuk lolos ke pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara (UCL) apabila bertemu Young Boys awal pagi esok.

Sebagai rekod, The Citizens telah memulakan kempen UCL dengan sempurna apabila meraih kemenangan pada semua perlawanan pada peringkat kumpulan musim ini dan boleh mengesahkan kelayakan andai mengutip tiga mata nanti.

Kata Guardiola, meraih tiket ke peringkat kalah mati lebih awal cukup penting bagi meringankan tekanan yang dilalui oleh pasukannya apabila mengharungi jadual pada sejak awal musim ini.

“Kalau boleh kita mahu layak awal dan sudah tentu sasaran pasukan untuk melakar kemenangan. Selepas itu kita tidak perlu terlalu fokus kepada saingan UCL sehinggalah Februari depan.

“Justeru, saya harap pasukan dapat mempamerkan aksi konsisten tanpa memberi sebarang peluang buat lawan untuk meraih mata berharga. Andai menang, kita boleh fokus sahaja pada aksi EPL selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Guardiola turut mengesahkan tiada pemain yang diberi jaminan kekal dalam kesebelasan utama kerana saingan dalam kalangan anak-anak buahnya cukup sengit ketika ini.

“Sukar untuk saya tentukan kesebelasan utama kerana semua pemain saya penting. Ada ketika Ruben Dias diturunkan, kemudian Josko Gvardiol.

“Situasi sama melibatkan Jack Grealish serta Jeremy Doku dan saya harap mereka teruskan persaingan sihat ini di sesi latihan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI