fbpx

UCL: Impian Mbappe sia-sia trofi Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE perlu memiliki gelaran UCL untuk membolehkan dia dipertimbangkan untuk dinobatkan pemenang Ballon d’Or. - AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mencabar Kylian Mbappe untuk memburu trofi Liga Juara-Juara (UCL) jika berhasrat untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pada masa depan.

Penyerang prolifik PSG itu sekadar menduduki tangga ketiga di belakang juara lapan kali, Lionel Messi dan bintang Manchester City, Erling Haaland pada majlis di Theater du Chatelet, Paris minggu lalu.

Enrique, 53, mengakui, nama Mbappe akan dipertimbangkan sebagai pemenang Ballon d’Or jika penyerang berusia 24 tahun itu menjuarai Liga Juara-Juara, sekali gus melengkapkan koleksi kejuaraan peribadinya.

“Walaupun dia mempunyai pelbagai kejuaraan, tetapi dia masih memerlukan trofi (Liga Juara-Juara) untuk menang Ballon d’Or. Dia perlu memenanginya sebanyak yang boleh dan sudah tentu kami mahu bersama PSG.

“Pemain pada tahap tertinggi seperti Mbappe perlu ada sekurang-kurangnya satu Ballon d’Or. Ia satu kerugian yang amat besar jika ia tidak berlaku berdasarkan pencapaian hebatnya,” kata Enrique.

Mbappe kini bersiap sedia bersama PSG untuk menghadapi aksi keempat Kumpulan F menentang AC Milan di Stadium San Siro awal pagi esok.

Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap menyaksikan PSG menang 3-0 hasil gol daripada Mbappe, Randal Kolo Muani dan Lee Kang-in di Parc des Princes pada 26 Oktober lalu.

Berdasarkan prestasi semasa, PSG dijangka berupaya untuk mengulangi kejayaan sama memandangkan mereka masih belum tewas dalam lima aksi terakhir berbanding Milan yang hanya menang satu daripada enam perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI