fbpx

Tuduh Malaysia merdeka cara mudah, Uyaina ‘basuh’ netizen Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA Uyaina Arshad menyelar netizen yang dipercayai warga Indonesia yang mendakwa kemerdekaan Malaysia adalah 'pemberian' mudah penjajah.

PETALING JAYA – Berjiwa patriotik, pengacara Uyaina Arshad menempelak tuduhan melulu seorang netizen Indonesia yang sewenang-wenangnya mendakwa kemerdekaan Malaysia diraih hasil ‘pemberian’ mudah penjajah iaitu British.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Uyaina dalam Instagram miliknya, personaliti berusia 30 tahun itu berkongsi mengenai kemerdekaan yang dituntut penduduk Palestin terhadap penjajahan Israel.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram dipercayai netizen dari Indonesia meninggalkan komen dengan mendakwa kemerdekaan negara (Malaysia) telah diberi oleh pihak British, 66 tahun dahulu.

“Malaysia merdeka kerana pemberian, bukan kerana perang melawan Inggeris (British). Perdamaian diperlukan untuk Hamas vs Israel,” tulis netizen tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Uyaina tampil menyelar kenyataan tersebut dengan meminta agar individu itu tidak mengajarnya mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.

“Saya rasa, saya lebih tahu sejarah negara saya. Sebelum ‘diberi’ kemerdekaan Tanah Melayu, berapa banyak darah orang yang memberontak menentang penjajah telah gugur?

“Yang kamu lihat cuma ‘pemberian’ menerusi diplomasi? Memang itu yang membezakan cara Malaysia dan Indonesia mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing. Tapi, darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan.

“Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu,” balas Uyaina.

Komen balas yang ditinggalkan Uyaina sekali gus menarik perhatian pengikutnya apabila menganggap jawapan yang diberikannya adalah tepat selain memuji wanita itu ‘beauty with brain’.

“Jangan bicara seolah-olah anda tahu sejarah negara saya. Fakta kamu itu kurang tepat. Jangan tunjuk kebodohan anda,” balas seorang netizen.

“Sejarah negara kami tidak perlu kamu sibuk. Seperti mana kami tidak pernah mahu tahu sejarah negara kamu. Jaga negara sendiri,” kata seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, dalam hantaran yang dikongsikan, pengacara Wanita Hari Ini itu mendesak golongan yang masih menyokong tindakan kejam Israel terhadap Palestin agar melihat kembali jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis itu.

Tegas Uyaina, dia kecewa apabila terdapat individu yang masih bersifat neutral dan enggan bersuara bagi memperjuangkan hak penduduk Gaza walaupun pelbagai video kekejaman Zionis dipaparkan dalam media sosial.

Pada masa sama, pemilik nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu turut meminta masyarakat Malaysia menyemak semula sejarah negara apabila banyak nyawa terkorban akibat perjuangan menentang penjajah suatu ketika dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI