fbpx

Tarikh penyerahan cadangan projek KL-SG HSR dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bagi memenuhi permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan, tarikh akhir untuk penyerahan cadangan konsep bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) Request For Information (RFI) dilanjutkan sehingga 15 Januari 2024.

MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan hari ini berkata, lebih daripada 60 peratus syarikat yang telah menyatakan komitmen untuk menyerahkan cadangan konsep untuk projek berkenaan yang asalnya dijadualkan pada 15 November ini telah meminta lanjutan masa, antara lain bagi membentuk konsortium dan meneroka pilihan kewangan.

Pada 27 Julai lalu, MyHSR Corp telah menjalankan taklimat RFI bagi projek KL-SG HSR, yang menarik lebih 700 peserta tempatan dan asing yang mewakili spektrum penuh projek berkenaan.

Pada sesi taklimat itu, MyHSR Corp berkongsi gambaran keseluruhan proses RFI, termasuk garis masa untuk mengemukakan cadangan konsep berdasarkan inisiatif perkongsian awam-swasta, serta penyampaian projek berdasarkan model Design-Finance-Build-Operate-Transfer (DFBOT).

Firma dan konsortium yang mengambil bahagian dikehendaki menunjukkan kepakaran teknikal dan keupayaan secara keseluruhan untuk membangun serta mengendalikan sistem dan perkhidmatan infrastruktur utama ini bersama sumber yang diperlukan dalam kos, kualiti dan masa yang dianggarkan.

Mereka juga dikehendaki menunjukkan daya maju komersial perniagaan, konsortium dan rangka kerja tadbir urus.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya berbesar hati dengan sambutan positif daripada pemain industri, yang mana lebih daripada 30 salinan dokumen RFI telah dibeli oleh firma tempatan dan antarabangsa sehingga kini.

“Kami difahamkan syarikat memerlukan lebih masa untuk menghasilkan cadangan berkualiti untuk projek KL-SG HSR yang bakal menjadi enjin pertumbuhan dan dorongan yang amat diperlukan dalam memangkin trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI