fbpx

Skuad B-23: Tiada perubahan besar dibuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN Hakim Shamsudin (depan) terus mendapat tempat dalam skuad B-23 negara yang akan memulakan latihan pusat bermula Isnin ini.

KUALA LUMPUR – Tiada rombakan besar-besaran dilakukan oleh pengendali baharu Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido apabila mengekalkan majoriti pemain sama yang perkuatkan pasukan di kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, September lalu.

Daripada senarai pemain yang dipanggil untuk jalani latihan pusat bermula Isnin hingga 21 November ini, Torres Garrido mengekalkan 17 daripada 23 pemain skuad yang bermain di pusingan kelayakan.

Selebihnya adalah babitkan lima muka baharu iaitu Daryl Sham K. K. George, Muhammad Firdaus Ramli, Muhammad Aiman Khairul Yusni, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad dan Adam Farhan Mohd Faizal serta dua pemain daripada senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dan Muhammad Abu Khalil.

Latihan kali ini adalah debut Torres Garrido sejak dilantik sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan E. Elavarasan dan ia adalah sebahagian daripada persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024, April depan.

Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang berpengkalan di Belgium bersama KV Kortrijk masih diberi peluang untuk membuktikan kualitinya selepas kelibat pemain muda berkenaan sering mencetuskan persoalan dikalangan peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI