fbpx

Sebut ‘ceasefire’ pun tidak boleh, ini kerja gila- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menyimbah air pada bangunan yang terbakar dan musnah dalam serangan udara askar Israel di kem pelarian Bureij di tengah Semenanjung Gaza, 2 November lalu. – AFP

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan segelintir pemimpin dunia yang kononnya berbicara mengenai hak asasi dan demokrasi sebagai ‘kerja gila’ kerana tidak mampu menegaskan pembentukan usaha gencatan senjata di Gaza.

Perdana Menteri berkata, keadaan itu berikutan pemimpin terlibat hanya mahukan pelaksanaan ‘humanitarian pause’ atau boleh diterjemahkan sebagai tidak bersetuju melaksanakan genjatan senjata dalam bahasa diplomatik.

“Tengok pemimpin kononnya berbicara mengenai hak asasi dan demokrasi, mahu sebut ‘ceasefire’ pun tidak boleh. Dia juga kata ‘humanitarian pause’ di mana dalam bahasa diplomasi maknanya mereka tidak mahu gencatan senjata.

“(Mereka tidak mahu genjatan senjata) kerana dia mahu teruskan tindakan itu (kekejaman). Humanitarian pause maknanya, berhenti sekejap dan selepas itu bom kembali, ini kerja gila,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga mahukan setiap orang khususnya parti politik untuk terus bangun bersama dalam isu Gaza serta mencari penyelesaian terbaik membantu rakyat Palestin.

“Saya tengok polemik parti dan golongan ekstrem melampau (isu Gaza), jadi sudahlah. Kita pakat bersama kerana orang dibunuh, anak kecil mati. Fikirlah bersama bagaimana mahu bantu (Palestin).

“Hubungi syarikat besar lain, cari jalan tambah peruntukan melebihi RM100 juta yang kita kirimkan. Pastikan juga kiriman itu menerusi badan dipercayai dan janganlah kita bina mahligai atas pusara orang lain.

“Maknanya patut ada kesedihan dan doa, dan bukannya mendirikan mahligai atas pusara orang lain seperti mencari markah politik, itu menyedihkan,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI