fbpx

PRK Parlimen Kemaman: Pas umum calon 16 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 16 November ini.

Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini calon yang bakal diketengahkan PN masih belum dimuktamadkan.

“Saya percaya keputusan (pemilihan calon) akan dibuat berdasarkan penelitian selama ini dalam mesyuarat beberapa hari lagi. Pengumuman rasmi akan dilakukan Setiausaha Agung Pas, (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) atau kepimpinan Pas negeri,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! pada 27 September lalu melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI