fbpx

Peratus murid gagal kuasai 3M di Sarawak menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah murid tahun 6 yang masih belum menguasai asas kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) di negeri Sarawak mencatatkan penurunan pada Februari 2023 dengan catatan sebanyak 1.2 peratus.

Berbanding pada Februari 2022, jumlah berkenaan adalah sebanyak 2.18 peratus.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, penurunan bilangan murid yang belum menguasai kemahiran 3M itu adalah hasil pelbagai strategi yang telah dilaksanakan kerajaan.

“Penguasaan 3M merupakan asas dalam menguasai dan meneroka pelbagai disiplin ilmu dalam pembelajaran.

“Beberapa program telah dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tujuan ini antaranya Program Pemulihan Khas untuk murid sekolah rendah yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M sebagai satu daripada intervensi untuk membantu mereka.

“Selain itu, saringan penentuan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam kalangan murid pemulihan khas turut dilakukan.

“Ada juga Program Cemerlang Samarahan untuk murid tingkatan 1 yang belum menguasai 3M melalui strategi pemantapan pedagogi terbeza pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dalam memberi bimbingan kepada murid menguasai 3M,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr Richard Rapu @ Aman Anak Begri (GPS-Betong), tentang peratus insiden pelajar-pelajar yang melangkah ke tingkatan 1 yang tidak mempunyai kebolehan asas 3M di Sarawak, di Dewan Rakyat, hari ini.

Hui Ying menjelaskan, saringan penguasaan 3M dilaksanakan melalui Ujian Diagnostik Pengesanan Awal (saringan pengesanan) mengikut tahap bagi murid sekolah rendah.

“Bagi sekolah menengah, verifikasi murid yang tidak menguasai 3M dikenal pasti berdasarkan tahap penguasaan (TP) pentaksiran bilik darjah (PBD) TP1 dan TP2,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI