fbpx

Penguat kuasa minta suap RM30,000 direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang pegawai penguat kuasa direman tiga hari bagi membantu siasatan meminta sejumlah wang RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat berhubung menutup kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tajaan penerbitan sebuah buletin.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40an itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek terdahulu ditahan di sebuah cafe di sekitar Subang Jaya kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek telah berkhidmat lebih 10 tahun di jabatan kerajaan.

“Suspek dipercayai menghubungi pemilik syarikat berkenaan pada Oktober lalu.

“Ini bagi tujuan meminta wang tersebut bagi penerbitan buletin yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan untuk sebuah jabatan kerajaan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI