fbpx

Pasu tembikar RM6,000 pun lesap dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan antik yang dicuri suspek

PORT DICKSON – Dua lelaki ditahan kerana disyaki mencuri barang-barang antik termasuk pasu tembikar bernilai RM6,000 yang diletakkan di halaman sebuah rumah di Pasir Panjang di sini, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, hasil risikan dan maklumat, dua suspek lelaki berusia 29 dan 31 tahun itu ditahan polis pada 1 dan 2 November lalu dalam dua serbuan berasingan di Alor Gajah, Melaka dan Pasir Panjang, di sini.

“Modus operandi suspek adalah mencuri tembaga yang diletakkan di halaman rumah dan akan menjualnya kepada pengumpul barang antik dan kedai barangan antik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, dengan penangkapan tersebut, pihak polis berjaya menyelesaikan empat kes kecurian tembaga antik, satu set kerusi dan meja yang dilaporkan hilang di kawasan Pasir Panjang di sini.

“Selain itu, pihak polis juga berjaya menyelesaikan satu kes kehilangan tempayan dan dua kes kehilangan kerusi dan meja di Alor Gajah, Melaka. Hasil pendedahan tersebut, pihak polis berjaya merampas semula tempayan antik yang telah dijual kepada individu dan kedai barangan antik,” katanya.

“Hasil ujian saringan air kencing bagi kedua-dua suspek adalah positif dadah jenis Methamphetamine dan suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanub Keseksaan kerana mencuri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI