fbpx

Menangis! Diva AA nak saman Aliff Syukri RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIVA AA ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Aliff Syukri disebabkan kekerasan fizikal yang dilakukan, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bukan gurauan, personaliti sensasi Azwan Ali nekad mahu mengambil tindakan saman malu terhadap usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta.

Tindakan tersebut diambil selepas tular video memaparkan Aliff menarik rambut dan mengheret pengacara itu di atas pentas dalam satu kejadian yang berlaku di Singapura, baru-baru ini.

“Dah pun tular mengenai saya akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta. No joke (tiada gurauan).

“Lantaklah semua orang ingat berlakon atau apa. Saya tetap akan saman sebab dah tular video dia tarik rambut saya,” ujarnya menerusi sebuah video dalam aplikasi X.

Dalam video tersebut, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA menyifatkan tindakan Aliff sungguh memalukan dirinya kerana berlaku di hadapan khalayak ramai.

“Dia tarik all out (bersungguh-sungguh) dan memang sakit. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat macam nak balas dendam.

“Dia bagi alasan ini rambut palsu. Kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ini original. Dia tarik memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak macam ada penganiayaan,” ujarnya sambil menitiskan air mata.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial apabila Aliff Syukri dilihat menarik rambut serta mengheret Diva AA sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.

Difahamkan, Aliff Syukri bertindak demikian selepas mendakwa Diva AA telah beberapa kali mengacau kehidupannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI