fbpx

Curi motosikal guna pistol, parang dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Lima lelaki dicekup dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar negeri ini dalam serbuan di Tanah Merah dan Pasir Mas dekat sini awal pagi semalam.

Operasi yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah itu turut merampas sepucuk pistol, 13 butir peluru dan sebilah parang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah  tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Kampung Pohon Gelugor, Pasir Mas pada pukul 4 pagi dan menahan dua lelaki berusia 29 dan 21 tahun.

Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah dan memberkas dua lagi suspek berusia 21 tahun.

“Ketika serbuan dijalankan, anggota polis didatangi seorang lelaki yang memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan. Polis turut menahan lelaki berusia 25 tahun itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui pistol yang diselit pada pinggang dan 13 butir peluru hidup di dalam beg kecil yang disimpan dalam poket seluar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, polis turut merampas empat buah motosikal, rangka dan enjin motosikal, sebuah kereta, peralatan curi motosikal dan pil kuda.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI