JAKARTA – Indonesia hari ini menafikan tuduhan Israel bahawa sebuah hospital yang dibina di Gaza dengan menggunakan dana Jakarta terletak di atas rangkaian terowong Hamas dan berhampiran pad pelancaran roket.
Hospital terletak di utara Semenanjung Gaza dan dekat sempadan Israel itu dibiayai oleh dana hasil derma orang awam di Indonesia.
“Hospital Indonesia di Gaza merupakan fasiliti dibina oleh rakyat Indonesia yang seluruhnya untuk tujuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan perubatan warga Palestin di Gaza,” kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata bahawa Hospital Indonesia dibina di lokasi di atas rangkaian terowong Hamas. – AFP