fbpx

Konflik Palestin-Israel: China ikrar kembalikan keamanan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mendukung dua anaknya selepas satu serangan udara di Rafah semalam. – AFP

BEIJING – China berikrar akan melakukan yang terbaik bagi memulihkan keamanan di wilayah Palestin ketika ia mengambil alih kepimpinan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula minggu lalu, lapor laman berita The New Arab semalam.

“China akan melakukan yang terbaik untuk menggesa Majlis Keselamatan PBB menunaikan tanggungjawabnya, memainkan peranan, membina konsensus dan mengambil tindakan yang bertanggungjawab secepat mungkin.

“Ia adalah penting untuk meredakan krisis semasa serta menjaga keselamatan orang awam bagi memulihkan keamanan,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam satu sidang akhbar.

Menurut laporan media pemerintah ketika memetik kenyataan wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun, peperangan yang berterusan di Semenanjung Gaza mendahului agenda Majlis Keselamatan pada bulan ini.

“Adalah penting untuk kita menggalakkan gencatan senjata dan menghentikan pertempuran, mencegah lebih banyak korban awam dan bencana kemanusiaan berskala besar serta mengelakkan konflik daripada merebak,” kata Zhang seperti dilaporkan akhbar China Daily.

Kepimpinan Majlis Keselamatan PBB dilakukan secara bergilir antara 15 anggota setiap bulan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI