PETALING JAYA – Semua pihak diingatkan agar tidak menyembunyikan kes melibatkan jenayah buli yang berlaku di sekolah demi menjaga nama baik institusi pendidikan tersebut.
Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook hari ini menegaskan, mana-mana pelajar yang pernah mengalami atau menyaksikan kejadian buli di sekolah perlu segera melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa.
“Tidak kiralah sama ada kejadian itu menggangu mental mahupun mengakibatkan kecederaan fizikal, buli adalah buli.
“Ibu bapa jangan berdiam diri, buli bukan normal.
“Jangan normalisasi budaya yang buruk. Amalan melindungi pembuli untuk menjaga nama baik sekolah perlu dihentikan,” tegas PHM.
Tambah PHM, aduan boleh dibuat melalui Portal Aduan Buli https://www.moe.gov.my/aduanbuli secara dalam talian menerusi e-mel atau panggilan telefon dan WhatsApp ke nombor 014-8009325. – KOSMO! ONLINE