fbpx

Identiti, gaya wanita urban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita urban masa kini lebih mementingkan aspek individualiti.

Sama ada kita akui atau tidak, pada era ini, rekaan pakaian kontemporari wanita adalah lebih mencabar, pelbagai dan membuatkan pemakainya lebih teruja.

Dahulu, imej wanita mungkin agak konservatif bagi mewakili golongan profesional dan korporat sementara jean dan kemeja-T mewakili golongan muda dan remaja, tetapi kini sesiapa pun boleh memakai apa jua pakaian yang mereka inginkan

Di sini, dititipkan karakter dan identiti wanita urban masa kini.

Padanan
Kita dapat lihat di sekeliling kita, wanita berpakaian dengan gaya individu tersendiri. Mereka mahukan gabungan pilihan pakaian yang dapat menyerlahkan lagi gaya, identiti dan keperibadian mereka. Pilihan pakaian yang ada di pasaran adalah cukup luas serta tiada batasan dari segi bentuk, gaya dan warna.

Namun begitu perlu diingat, apabila menggayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda melihatnya secara keseluruhan.

Blaus, skirt, gaun, sut, jaket, kemeja, celana dan kasut anda mungkin berkualiti dan daripada jenama yang hebat tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan di antara satu sama lain?

Berpakaian penuh gaya (stylish) dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan (overall effect).

Fesyen
Bagi anda di luar sana, anda tidak perlu untuk menjadi keliru apabila memperkatakan tentang aliran fesyen terkini. Dengan mengambil inisiatif untuk bereksperimentasi antaranya dengan memadankan pilihan rekaan pakaian dan aksesori selesa, anda boleh kelihatan menarik setiap mata yang memandang.

Apapun, meniru trend fesyen tidak semestinya anda perlu terlebih bergaya tanpa hala tujuan.

Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, selagi tidak keterlaluan.

Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah-majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian serta warna kulit perlu diambil kira.

Yang penting anda bijak bereksperimentasi.

Ekspresi
Pakaian wanita moden adalah salah satu cara ekspresi komunikasi individualiti. Perubahan gaya dan sikap pengguna wanita (womens consumer) telah mendorong mereka untuk mengambil langkah mengelak daripada gaya yang terlalu selaras atau mengikut peraturan.

Mematuhi manual undang-undang gaya secara total adalah sememangnya bukan kaedah untuk menjadi stylish. Pakaian kontemporari wanita menyediakan kaum Hawa peluang untuk menyerlahkan individualiti dan ia kini menjadi sesuatu kemewahan paling berharga yang boleh dimiliki semua.

Konservatif
Kini ramai wanita urban di Malaysia yang dulunya bersembunyi sudah mula keluar daripada kepompong pemakaian konservatif mereka sealiran dengan perkembangan trend kontemporari.

Pertambahan golongan profesional muda juga mempercepat pengaruh trend ataupun fenomena ini.

Pengaruh iklan dalam media cetak atau elektronik yang menampilkan pakaian, kaca mata, kereta dan sebagainya yang selalunya menampilkan model-model wanita yang penuh berketerampilan sememangnya dapat memikat dan menarik perhatian. Pendapat anda bagaimana?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI