fbpx

Hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) akan berdepan dengan cuaca buruk itu.

“Di Kedah, antara kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Situasi sama turut dijangka di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di bahagian pantai timur, ribut petir diramal di Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin),” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Seluruh Wilayah Persekutuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga diramal cuaca hujan lebat.

“Cuaca sama turut diramal di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta seluruh Melaka dan Johor.

“Kawasan yang diramal ribut petir di Sabah pula adalah Pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI