fbpx

Hanya baca tajuk, satu negara kecoh hal PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MINGGU ini, kecoh satu negara gara-gara satu hantaran dari seorang pengguna laman sosial berkenaan tangkap layar sebuah portal berita yang menyatakan berkenaan umur peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal diadakan semula iaitu bermula pada umur 18 hingga 35 tahun.

Maka, riuh lah satu Malaya berkenaan umur itu dan ada yang menganggap individu yang lahir pada 1987 dan ke bawah sahaja yang selamat, manakala belia berumur 35 ke bawah bila-bila masa sahaja akan dipanggil.

Begitulah sikap masyarakat kita yang terkadang hanya melihat kepada tajuk berita sahaja tanpa membaca isi berita tersebut secara menyeluruh, hingga panik seluruh negara.

Sehingga ada dalam golongan belia yang berkira-kira dengan pelbagai alasan untuk tidak menyertai program tersebut dan ada juga yang sudi untuk ­menyertainya.

Disebabkan hal itu, Kementerian Pertahanan (Mindef) terpaksa mengeluarkan pemakluman yang mana hanya remaja lahir pada tahun 2007 sahaja yang akan dipanggil ke program tersebut tahun hadapan.

Mindef dalam satu kenyataan berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ini bermaksud, ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada 2024, maka remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut,” kata kenyataan itu.

Mindef turut memberi kelonggaran, sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun dan pihak kementerian juga berharap agar penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam ­mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.

Dalam era digital serba pantas, maklumat dan berita disebarkan dengan mudah. Malah, kebergantungan kepada media sosial juga sema­kin ­meningkat dalam memperoleh capaian berita.

Data Reportal turut menunjukkan jumlah pengguna media sosial di negara ini hingga Januari lalu dianggarkan 26.8 juta. Kea­daan ini jelas menunjukkan media sosial mempunyai ­pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat dan menjadi rujukan utama untuk menjalani kehidupan seharian.

Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, pengguna media sosial harus mempunyai keupayaan bagi menganalisis, menilai dan memahami semua kandungan yang diperoleh secara kritis.

Bagi Pensyarah Kaunseling, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr. Ruhani Mat Min, secara semula jadi, individu sentiasa ingin melakukan atau memilih perkara yang mendatangkan keseronokan pada dirinya serta mengelak da­ripada perkara tidak selesa.

“Sebagai contoh, seseorang individu akan memilih untuk membuat tempahan makanan secara atas talian kerana ia lebih mudah.

“Sama juga dengan maklumat atau berita yang dibaca, setiap individu lebih suka membaca perkara atau maklumat yang mendatangkan perasaan selesa dan seronok pada diri,” katanya.

Kesimpulannya, masyarakat secara dasarnya lebih suka sesuatu yang mudah dan selesa pada dirinya tanpa melalui atau mengkaji secara ilmiah atau lebih mendalam dalam satu-satu isu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI