fbpx

Hady Mirza lega ibu bebas kanser limfoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Hady Mirza lega ibu yang disahkan kanser limfoma tahap empat sejak dua tahun lalu semakin pulih.

SHAH ALAM – Penyanyi Hady Mirza mendedahkan kesihatan ibunya, Mardiana Ahmad yang disahkan kanser limfoma tahap empat sejak dua tahun lalu semakin pulih.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi asal Singapura itu yang teruja melihat kesanggupan ibu tercinta hadir memberikan sokongan pada konsert minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (GV10), semalam.

“Saya lebih bersemangat apabila nampak mak datang berikan sokongan. Dia susah berjalan jauh tetapi hari ini dia korbankan masa datang bersama ibu saudara saya.

“Ini bukan kali pertama dia hadir di di sini, ketika GV6 lalu mak pun selalu datang sebelum doktor mengesahkan dia menghidap kanser limfoma.

“Sekarang mak baru pulih daripada kanser limfoma tahap empat selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam tiga ke empat minggu, Januari lalu,” kata pemilik nama lengkap Muhammad Mirzahady Amir itu.

Katanya lagi, selepas bertarung hampir dua tahun, keadaan kesihatan ibunya kini semakin memberangsangkan namun perlu menjalani pemeriksaan berkala.

“Baru sahaja beberapa bulan lalu dia pulih dari kanser selepas didiagnos dengan sakit tersebut sekitar tahun 2021.

“Awal tahun ini memang sangat sukar bagi kami. Sekarang dia sudah sihat tetapi masih harus pergi buat pemeriksaan kesihatan.

“Masa diagnos terus tahap empat. Alhamdulillah sekarang semakin pulih dan sudah nampak tubuhnya berisi,” kongsinya dalam nada gembira.

Semalam, Hady menunjukkan prestasi cemerlang apabila menduduki tempat pertama dengan markah 79.25 peratus mengalahkan peserta lain.

Ketiga-tiga juri tetap GV10 juga bersetuju persembahan Hady pada malam tadi menyampaikan lagu Romancinta nyanyian asal Aweera paling terbaik antara minggu sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI