KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, naik berang selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) melakukan provokasi berkaitan hutang akhbar Harakah.
Ahmad Fadhli Shaari dilihat gagal menahan marah apabila Rayer berkali-kali mengasak beliau dengan persoalan apakah hutang akhbar berkenaan sudah dilangsaikan atau belum.
Beliau dengan lantang menegaskan, isu berkenaan sudah di peringkat mahkamah dan sedang dibicarakan, jadi tiada keperluan untuk dibangkitkan di Dewan Rakyat.
“Saya tak faham Jelutong jadi peguam macam mana. SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ambil di mana? Tadika di mana?
“Macam mana jadi peguam kalau benda dah dibicarakan di mahkamah tapi bawa ke sini (Dewan Rakyat),” katanya ketika sesi bahas di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Susulan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilihat turut memberi amaran kepada Rayer.
“Saya bagi warning (amaran) kepada Jelutong, satu,” ujarnya ringkas. – KOSMO! ONLINE