fbpx

Bukit Kachi dilanda banjir, limpahan kepala air Sungai Sintok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Surau Batu Sungai di Bukit Kachi, Sintok yang dilanda banjir kilat akibat limpahan kepala air Sungai Sintok pada petang tadi. - Gambar/video Facebook

SINTOK – Empat buah rumah dan Surau Batu Sungai di Bukit Kachi, di sini dilanda banjir kilat susulan kejadian kepala air di Sungai Sintok petang tadi.

Satu video dirakamkan penduduk memaparkan keadaan surau tersebut yang ditenggelami air dengan keadaan sungai terletak berdekatan mengalir deras.

Beberapa kawasan jalan termasuk berdekatan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok turut dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi memberitahu, paras sungai meningkat disebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu sejak pukul 5 petang tadi.

“Kejadian kepala air di Bukit Kachi masih dalam pemantauan yang mana semasa kejadian berlaku, paras air sungai melebihi paras bahaya. Setakat ini hujan telah berhenti dan trend air di kawasan terjejas menunjukkan penurunan.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam di lapangan masih membuat pemantauan dan dalam keadaan bersedia,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI