PETALING JAYA – Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan pukul 3.28 semalam.
Penyanyi itu bersyukur apabila permata hati yang dilahirkan secara pembedahan dan diberikan nama Khalisa Insyirah itu dalam keadaan sihat.
“Baby (bayi) dan ibu, kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.
“Baby gebu. Beratnya 3.62 kilogram. Moga Khalisa Insyirah Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Pemilik nama lengkap Khairul Azmk Saat, 36, itu turut menzahirkan terima kasih atas doa orang ramai untuk keluarganya.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya yang turut menyertakan gambar mengendong puterinya.
Pagi semalam Azmi terlebih dahulu berkongsi hantaran mengenai isterinya yang menunggu giliran masuk ke wad pembedahan bagi melahirkan anak kedua mereka.