fbpx

Alia Bhatt, Ranbir tetap sembunyikan Raha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT dan Ranbir.

BIARPUN sudah genap usia setahun, pasangan selebriti Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor belum bersedia berkongsi wajah anak sulung mereka, Raha.

Bagaimanapun, seperti diucapkan pelakon Brahmastra itu ketika fasa awal kehamilan, dia dan suami sepakat melindungi permata hati mereka daripada lensa kamera atau paparazzi.

Bagi Alia, sebagai ibu yang menceburi arena hiburan dan berdepan bermacam dugaan, dia mahu Raha tidak terpalit dengan sebarang cerita sensasi.

Aktres berusia 30 tahun itu ingin anaknya tidak dikenali ramai supaya boleh menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Ramai masih ternanti-nanti melihat wajah anak kesayangan pasangan ideal Bollywood itu, namun keputusan Alia dan Ranbir adalah muktamad dan perlu dihormati peminat terutama yang berada dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI