fbpx

Ahli Parlimen digesa segerakan pemeriksaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua Ahli Parlimen digesa melakukan pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 14 November ini (Selasa).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, setakat ini seramai 196 daripada 222 Ahli Parlimen yang telah berbuat demikian.

“Ia termasuk lima senator bertaraf anggota pentadbiran yang telah melakukan pemeriksaan. Kepada yang belum, saya beri lanjutan hingga Selasa depan.

“Sila berhubung dengan doktor di klinik Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci,” katanya sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, ia perlu dilakukan segera bagi mengetahui status kesihatan masing-masing berikutan ketika sesi Dewan Rakyat semalam, seorang Ahli Parlimen telah dikejarkan ke hospital berikutan mengalami masalah kesihatan.

“Saya amat memohon dan meminta pemeriksaan ini dibuat kerana saya difahamkan semalam, salah seorang daripada kita telah pun tumbang dan masuk hospital,” ujarnya.

Terdahulu pada September lalu, Johari berkata, semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI