fbpx

Agong berkenan saksi MoA antara Kemas, Yayasan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah Aminah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Yayasan Pahang, hari ini.

Pada majlis pemeteraian MoA itu, Kemas diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi manakala Yayasan Pahang diwakili Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Perjanjian dimeterai bagi melaksanakan program Tabika Pra Tahfiz Kemas iaitu program di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasakan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kampung Seri Batu di sini, disambut oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang.

Sebelum ini, dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lepas, Kerajaan Perpaduan memperuntukan RM20 juta bagi melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI