fbpx

4 didakwa curi mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangkuk tandas bersalut emas yang dicuri ini dipamerkan di Istana Blenheim pada 2019. – GETTY IMAGES

LONDON – Empat lelaki didakwa bagi pertuduhan mencuri mangkuk tandas bersalut emas 18 karat seberat 25 kilogram dari Istana Blenheim di  Britain pada 2019, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Michael Jones, 38 dan James Sheen, 39, berdepan pertuduhan pecah rumah, manakala Fred Doe, 35 dan Bora Guccuk, 39, dituduh bersubahat memindahkan harta jenayah.

Keempat-empat mereka dijangka dihadapkan di  hadapan majistret Oxford pada 28 November ini.

Tandas tersebut ketika dicuri,  merupakan sebahagian daripada pameran oleh artis seni konsep dari Itali, Maurizio Cattelan. Ia dikatakan bernilai  £4.8 juta (RM27.6 juta).

Ia boleh digunakan untuk tujuan membuang air, namun dihadkan penggunaan selama tiga minit bagi mengelakkan pengunjung berbaris panjang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI