fbpx

2 juta kenderaan sehari guna lebuh raya sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (Plus) menjangka sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan sempena perayaan Deepavali.

Sehubungan itu, Plus mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan balik kampung dan pulang ke ibu negara bermula 10 hingga 14 November ini.

“Jadual TTA tersebut boleh diperolehi menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial Plus Malaysia.

“Ia dikeluarkan bagi membolehkan pengguna merancang perjalanan bagi mengelakkan kenderaan tertumpu di lebuh raya secara serentak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cadangan waktu perjalanan.

Bagaimanapun, katanya, kelancaran trafik turut bergantung kepada kejadian luar jangka seperti kemalangan boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyusun jadual perjalanan berdasarkan TTA yang dikeluarkan.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi Plus, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI